Abadikan sperma terakhir di cincin

Seorang lelaki 'mengabadikan' sperma terakhirnya dalam bentuk cincin sebagai hadiah sambutan Hari Krismas kepada isterinya.
A
A

LONDON - Seorang lelaki 'mengabadikan' sperma terakhirnya dalam bentuk cincin sebagai hadiah sambutan Hari Krismas kepada isterinya.

Kedengaran agak pelik tetapi lelaki menetap di London berkata, ia adalah satu gurauan untuk isterinya kerana mereka suka menerima pelbagai hadiah unik.

Bagi memastikan idea itu berjaya dilaksanakan, bapa kepada lima anak itu melakukan vasektomi atau pemandulan pada akhir November dan berharap sperma itu 'diabadikan' dalam kepingan emas.

Dia juga telah menghubungi satu laman web tempatan Bark.com untuk menjayakan idea tersebut.

"Saya mencari tukang emas yang boleh meletakkan sperma saya ke dalam cincin dan diberikan kepada isteri sempena Krismas nanti.

"Saya tahu ini sangat pelik tetapi saya ingin melakukan sesuatu yang lucu dengan beberapa sperma terakhir yang saya dapat untuk kenangan," katanya kepada Mirror.

Katanya turut tidak sabar melihat reaksi isterinya apabila menyarung cincin tersebut.