Pesakit jantung seawal usia 18 tahun

Dr Othman (dua dari kanan) merasmikan sambutan Hari Jantung Sedunia 2019 Peringkat Perlis di HTF Kangar hari ini.
Dr Othman (dua dari kanan) merasmikan sambutan Hari Jantung Sedunia 2019 Peringkat Perlis di HTF Kangar hari ini.
A
A
A

KANGAR - Pengabaian gaya hidup sihat dan enggan melakukan pemeriksaan awal selain penghidap diabetes dan darah tinggi menjadi faktor peningkatan pesakit jantung dalam kalangan orang muda pada hari ini.

Pengarah Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar, Datuk Dr Othman Warijo berkata, di Perlis usia paling muda pernah direkodkan mengalami penyakit itu adalah seawal 18 tahun.

Katanya, laporan statistik mengenai penyakit jantung di negeri itu mencatatkan peningkatan apabila sejumlah 115 pesakit serangan jantung direkodkan sepanjang tahun ini sehingga Oktober berbanding 108 pesakit pada keseluruhan tahun lalu.

Begitupun HTF masih lagi tidak mempunyai Unit Kardiologi berikutan kekangan peruntukan daripada pihak kementerian.

"Pesakit kritikal yang memerlukan rawatan lanjut akan dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar ataupun Hospital Pulau Pinang," katanya ketika sidang media di Lobi Utama H-T-F sempena sambutan Hari Jantung Sedunia 2019 Peringkat Perlis.

Menurut Dr Othman lagi, penyakit jantung menjadi antara 10 tertinggi yang dirawat di HTF selepas penyakit berkaitan kanak-kanak dan bersalin pada tahun 2019.

Dalam perkembangan lain Dr Othman memaklumkan kes demam denggi di Perlis mencatatkan peningkatan berbanding tahun lalu bagaimanapun tiada kematian direkodkan.

Artikel Berkaitan: