X

Kindly register in order to view this article
!

Kabinet Jerman lulus larangan guna beg plastik pasar raya

Gambar hiasan.
A
A

BERLIN - Kabinet Jerman hari ini bersetuju untuk melarang penggunaan beg plastik pasar raya.

Usul daripada Menteri Alam Sekitar, Svenja Schulze itu tidak termasuk beg kecil buah-buahan dan sayur-sayuran namun beg boleh urai (biodegradable) akan diharamkan.

"Beg plastik adalah lambang pembaziran sumber. Ia diperbuat daripada minyak mentah dan hanya digunakan selama beberapa minit," kata Schulze dalam satu kenyataan.

Parlimen kini akan meluluskan undang-undang itu dan tempoh peralihan kira-kira enam bulan akan diperuntukkan untuk kedai mengurangkan baki stok beg plastik mereka.

Bagaimanapun, tempoh masa bergantung kepada bila undang-undang tersebut diluluskan. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!