Kerajaan Yemen, puak pemisah capai kata sepakat

Timbalan Perdana Menteri Yemen, Ahmed Saeed Al-Khanbashi (kiri) dan wakil Peralihan Selatan (STC) Nasser al-Habci menandatangani Perjanjian Riyadh. - Foto Agensi
Timbalan Perdana Menteri Yemen, Ahmed Saeed Al-Khanbashi (kiri) dan wakil Peralihan Selatan (STC) Nasser al-Habci menandatangani Perjanjian Riyadh. - Foto Agensi
A
A
A

RIYADH - Kerajaan Yemen dan puak pemisah yang disokong Emiriah Arab Bersatu (UAE) menandatangani perjanjian perkongsian kuasa dalam usaha mereka untuk menghentikan perbalahan di negara dilanda perang.

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman yang mengumumkan tentang perjanjian tersebut turut menyifatkan, ia sebagai langkah penting menuju penyelesaian politik bagi menamatkan perang berdarah yang berlangsung selama empat tahun di Yemen.

"Perjanjian Riyadh ini akan membuka tempoh kestabilan baharu di Yemen. Kerajaan Saudi akan sentiasa bersama kamu. Melihat kedua-dua pihak bersama sangat menggembirakan," katanya.

Persepakatan itu akan membawa kepada rombakan dalam kerajaan untuk memasukkan puak pemisah dengan perwakilan yang sama dan angkatan bersenjata mereka akan diletakkan di bawah kerajaan.

Semua pasukan ketenteraan dan keselamatan pula akan diperbadankan di bawah kementerian pertahanan dan dalam negeri. - Agensi

Artikel Berkaitan: