Elak ke selatan Thailand: Mohd Amar

Mohd Amar
Mohd Amar
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada berkunjung ke selatan Thailand untuk tujuan keselamatan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, rakyat Kelantan perlu berhati-hati susulan serangan yang menyebabkan 15 kematian di wilayah Yala, Thailand, malam tadi.

“Kalau buleh elakkan daripada masuk ke sana dan berhati-hati sekiranya tidak dapat mengelak daripada berkunjung ke Thailand.

“Setakat ini pihak kami belum menerima sebarang maklumat sama ada insiden serangan berbalas tembakan di sana membabitkan rakyat negeri ini atau tidak,” katanya selepas Mesyuarat Exco di sini hari ini.

Media melaporkan sejumlah 15 terbunuh dalam insiden berbalas tembakan di pusat pemeriksaan keselamatan di wilayah selatan Thailand lewat malam tadi.

Jurucakap pasukan keselamatan wilayah, Kolonel Pramote Prom-in memaklumkan empat sukarelawan pertahanan kampung turut cedera dalam kejadian di Yala itu.

Penyerang dikatakan menggunakan alat letupan dan menabur paku di atas jalan bagi menghalang pihak berkuasa memburu mereka.

Serangan didakwa didalangi puak pemisah dan paling besar setakat ini.

Artikel Berkaitan: