Mana ibu kandung Sumayyah?

Sumayyah
Sumayyah
A
A
A

KLANG - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Klang sedang mengesan ibu kandung atau waris kepada seorang kanak-kanak perempuan bernama Sumayyah Sajidah yang kini berusia 3 tahun.

JKM dalam satu kenyataan memaklumkan, kanak-kanak tersebut merupakan mangsa pengabaian ditinggalkan ibu kandungnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang ketika masih menerima rawatan pada penghujung Jun 2016.

Menurutnya, kanak-kanak itu dilahirkan di rumah dan dibawa ke HTAR bagi mendapatkan rawatan susulan sebelum ibu kandung bertindak menghilangkan diri.

“Kanak-kanak kini di dalam jagaan ibu dan bapa pelihara yang ditawarkan oleh Ketua Pengarah JKM.

“Kes akan dibawa semula ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak (MBKK) Klang bagi permohonan untuk menyerahkan kanak-kanak untuk diangkat di bawah Subseksyen 30(4) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan, mereka yang mempunyai maklumat berhubung ibu bapa kandung atau waris kanak-kanak diminta menghubungi Pelindung Kanak-Kanak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Klang, Nurzatulhain Mohd Othman di talian 03-33413913.

Artikel Berkaitan: