X

Kindly register in order to view this article
!

Operasi SAR jejak tiga penyelam masuk hari keempat

Anggota Basarnas meneruskan misi pencarian tiga penyelam yang hilang di Pulau Sangiang di wilayah Banten pada Ahad lalu. - FOTO: Basarnas
A
A

JAKARTA - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga penyelam, dua rakyat China dan seorang warga Singapura di perairan Pulau Sangiang di Selat Sunda, wilayah Banten memasuki hari keempat hari ini.

Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) menyambung misi pencarian tersebut bersama tiga kapal tentera laut, dua bot peronda polis dan sebuah helikopter selepas kehilangan trio tersebut dilaporkan pada Ahad lalu.

Sementara itu, Kementerian Hal Ehwal Luar (MFA) memaklumkan, kejadian itu berlaku ketika mereka menyelam di Pulau Sangiang.

"Mereka adalah sebahagian daripada kumpulan terdiri daripada tujuh penyelam yang menyertai aktiviti menyelam bersama. Apa yang jelas kesemua mereka adalah penyelam profesional. Mereka mempunyai kelayakan untuk melakukan aktiviti seumpama itu dan pernah menyelam sebelum ini," kata Ketua Wilayah Basarnas, Zaenal Arifin.

Menurutnya, operasi SAR tersebut berdepan kesukaran kerana cuaca buruk.

Misi pencarian semalam diperluaskan ke kawasan selatan Pulau Sangiang terletak kira-kira 14.5 kilometer dari lokasi di mana trio tersebut kali terakhir dilihat. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus