Wanita maut diserang anjing peliharaan

Mary Matthews, 49, ditemui mati di rumahnya di bandar Clearcreek Township, Ohio, Jumaat lalu.
Mary Matthews, 49, ditemui mati di rumahnya di bandar Clearcreek Township, Ohio, Jumaat lalu.
A
A
A

OHIO - Polis tidak menolak kematian seorang wanita di rumahnya berkemungkinan dibunuh anjing peliharaannya.

Menurut laporan yang difailkan oleh Polis Perbandaran Clearcreek, Mary Matthews, 49, ditemui di rumahnya di bandar Clearcreek Township, Ohio, kira-kira 40 kilometer timur laut Cincinnati, Jumaat lalu.

Laporan itu menyebut, wanita itu telah diserang oleh anjingnya dan mengalami pelbagai luka termasuk di bahagian bawah badannya.

Penyiasat menemui dua ekor anjing baka Great Danes, berwarna perang dan hitam di bahagian dek rumah serta kesan darah di sekitar rumah dan pakaian.

Suaminya, Mark Matthews mendapati isterinya tidak responsif dan segera menghubungi pihak berkuasa.

Sebelum itu, suaminya berada di penjara daerah sejak Rabu dan pulang pada hari berkenaan.

Mark memberitahu polis bahawa anjing Great Dane hitam adalah ganas dan menunjukkan tanda gigitan di lengan kanannya kepada pegawai.

Artikel Berkaitan:

Keadaan di bahagian dek rumah Mary Matthews.
Keadaan di bahagian dek rumah Mary Matthews.

Laporan itu berkata, Mark dapat menangkis serangan anjing tersebut tetapi apabila isterinya bersendirian, dia tidak dapat mempertahankan diri kerana tubuh badannya yang kecil.

"Anjing itu diselamatkan kira-kira dua tahun lalu. Saya mahu membuangnya tetapi dia tidak membenarkannya kerana sangat menyukai haiwan," katanya.

Pihak berkuasa percaya bahawa anjing itu menyerang wanita tersebut, namun mangsa dapat meletakkan haiwan itu di luar.

Laporan polis mengatakan bahawa mangsa mungkin tidak menyedari kecederaan parah dialami kerana terdapat bukti bahawa dia telah menukar pakaiannya dan cuba membersihkan darah dengan tuala. - Agensi