Stor buku SK Bandar Mentakab terbakar

Stor buku SK Bandar Mentakab terbakar semalam. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat
Stor buku SK Bandar Mentakab terbakar semalam. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat
A
A
A

TEMERLOH - Stor buku di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Mentakab di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku tengah hari semalam.

Kebakaran kira-kira jam 12.15 tengah hari itu melibatkan stor di tingkat satu dan dua sekolah terbabit.

Komander Operasi Kanan, Penolong Penguasa Bomba, Hairysam Mat Tahar yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mentakab berkata, seramai 20 anggota dari balai terbabit dibantu BBP Bukit Angin dan Temerloh bersama dua jentera pemadan (FRT) serta sebuah jentera Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) terlibat dalam operasi tersebut.

Keadaan stor buku sekolah itu yang musnah dalam kebakaran. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat
Keadaan stor buku sekolah itu yang musnah dalam kebakaran. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati terdapat kebakaran di tingkat satu dan dua membabitkan stor buku sekolah tersebut.

"Kemusnahan melibatkan 100 peratus dan tiada kemalangan jiwa berlaku.

"Operasi tamat kira-kira jam 2.11 petang dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: