Pelajar TVET berjaya kerana pilih bidang tepat

Wacana Sinar Siri 138 bertajuk Graduan TVET: Cabaran dan Harapan di Dewan Karangkraf, Seksyen 15, di sini, malam tadi.
Wacana Sinar Siri 138 bertajuk Graduan TVET: Cabaran dan Harapan di Dewan Karangkraf, Seksyen 15, di sini, malam tadi.
A
A
A

SHAH ALAM - Memilih bidang kemahiran yang tepat untuk dipelajari berdasarkan minat dan kerjaya ingin diceburi pada masa hadapan antara salah satu faktor yang menyumbang kepada kejayaan bagi pelajar atau graduan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Demikian pandangan dan saranan dinyatakan Ikon TVET, Muhammad Qamarul Auji Amran, 32,seorang lepasan TVET dari Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Timur, Jenagor, Hulu Terengganu yang kini memiliki syarikat kimpalan, perpaipan dan fabrikasi di Kemaman, Terengganu serta mampu menggaji 80 pekerja.

Menurut Muhammad Qamarul Auji, pemilihan bidang yang tepat adalah langkah pertama menuju kejayaan dan ia seterusnya akan disusuli dengan kemahiran ditimba sewaktu belajar serta pengalaman setelah melangkah ke alam pekerjaan.

"Berdasarkan apa yang saya nampak, ada segelintir individu belajar atau ikuti kemahiran bukan kerana minat mereka dalam sesuatu bidang tersebut, sebaliknya terpaksa ikutinya kerana itu sahaja pilihan... bukan belajar bidang dikehendaki mereka.

"Senario ini menyebabkan mereka sukar diterima masuk dalam bidang sebenar pekerjaan yang ingin diceburi mereka kerana tiada kemahiran berkaitan, lari daripada dipelajari mereka. Seharusnya, apa yang dikehendaki itulah perlu diambil atau diikuti sewaktu belajar.

"Sebab itulah bagi saya pentingnya kita belajar dalam bidang yang betul dengan apa ingin kita ceburi pada masa depan. Minat boleh jadi pendorong untuk nampak halatuju dan bawa kita melangkah jauh dalam sesuatu bidang," katanya.

Pandangan itu dinyatakan dan dikongsikan Muhammad Qamarul Auji sewaktu menjadi panelis Wacana Sinar Siri 138 bertajuk Graduan TVET: Cabaran dan Harapan di Dewan Karangkraf, Seksyen 15, di sini, malam tadi.

Wacana itu turut menampilkan dua lagi panelis iaitu Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr Mohammad Naim Yaakub serta Pengerusi Ahli Jawatankuasa Industri Jawatankuasa Teknikal TVET, Datuk Palaniappan Joseph manakala Sayed Munawwar Sayed Mohd Mustar bertindak sebagai moderator.

Artikel Berkaitan: