Kubur Pahlawan Medan perlu dinaiktaraf

Ahmad Jafri menunjukkan batu nisan di kawasan Kubur Pahlawan Medan yang terdapat di Kampung Batu Hampar, Mentakab.
Ahmad Jafri menunjukkan batu nisan di kawasan Kubur Pahlawan Medan yang terdapat di Kampung Batu Hampar, Mentakab.
A
A
A

TEMERLOH - Kubur Pahlawan Medan yang terletak di Kampung Batu Hampar sejak 1894 perlu dinaiktaraf bagi memelihara nilai sejarah di kawasan itu.

Kawasan yang menempatkan 14 kubur itu dikatakan milik pahlawan ketika zaman penjajahan British.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Ahmad Jafri Dollah berkata, lokasi itu memiliki nilai sejarah tinggi yang perlu dikekalkan.

"Pihak MPKK bersetuju menaiktaraf kawasan ini supaya ia dapat memberikan pendedahan sejarah kepada masyarakat setempat.

"Jadi kita berharap pihak-pihak berkaitan seperti muzium negara atau arkib negara dapat datang ke sini mengkaji dengan lebih lanjut mengenai lokasi ini," katanya pada Sinar Harian.

Ahmad Jafri berkata, pihak MPKK juga dimaklumkan terdapat satu kubur dipercayai menyimpan pelbagai senjata.

Katanya, pihaknya juga merancang untuk menyediakan dan memasang mercu tanda supaya ia lebih mudah dikenali.

"Selain itu, kita akan memohon bantuan daripada mana-mana pihak untuk menaiktaraf lokasi ini supaya ia lebih selesa dan menarik untuk dikunjungi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Antara 14 kubur yang terdapat di Kubur Pahlawan Medan.
Antara 14 kubur yang terdapat di Kubur Pahlawan Medan.