Jadikan basikal lajak aktiviti bermanfaat

Basikal lajak
Basikal lajak
A
A
A

IBU bapa kepada kanak-kanak yang terlibat dengan kegiatan basikal lajak sehingga mengundang bahaya kepada diri dan pengguna jalan raya boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Nada tegas itu disuarakan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias pada sidang media di Bukit Aman kelmarin.

Beliau berkata, pihaknya boleh mengambil tindakan terhadap ibu bapa berkenaan mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Ibu bapa perlu ingat bahawa aktiviti basikal lajak di jalan raya mendedahkan kepada risiko kemalangan jalan raya.

Contoh jelas seperti yang berlaku di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Baharu pada 18 Februari dua tahun lalu perlu dijadikan iktibar supaya kes berkenaan tidak lagi berulang.

Ibu bapa sewajarnya memberi perhatian kepada anak-anak supaya setiap yang dilakukan dapat dimanfaatkan menjadi perkara yang positif.

Contohnya seperti apa yang dilakukan oleh ibu bapa Joe Whale’s, seorang kanak-kanak berusia 9 tahun yang menjadi terkenal setelah bakat melukisnya mencuri perhatian ramai di England.

Kebolehan Joe diiktiraf oleh restoran nombor empat terbaik di Shrewbury, England apabila kanak-kanak itu diminta untuk melukis di dinding restoran berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Menurut bapa Joe yang dikenali sebagai Greg, sebelum ini tabiat itu mendatangkan masalah apabila Joe tidak memberi tumpuan di dalam kelas kerana asyik menconteng buku dan dinding.

Peka dengan perkara itu, keluarga Joe menukarkan tabiat itu dengan mengembangkan ia menjadi bakat positif melalui kelas tambahan melukis selepas kelas.

Kini, hasil kerja Joe di laman web mendapat perhatian 1.5 juta pengguna internet dan kanak-kanak itu digelar Doodle Boy. Malah banyak syarikat besar berminat untuk mengundang Joe melukis di dinding pejabat mereka.

Kisah kejayaan Joe dan keluarganya boleh dijadikan inspirasi kepada ibu bapa supaya minat anak-anak dalam basikal lajak misalnya dapat dimanfaatkan kepada kemahiran yang boleh mendatangkan faedah.