Enjin kereta meletup sebelum terbakar

Keadaan kereta Peugeot milik mangsa yang terbakar selepas enjin keretanya meletup di KM17 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh petang tadi.
Keadaan kereta Peugeot milik mangsa yang terbakar selepas enjin keretanya meletup di KM17 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh petang tadi.
A
A
A

RAWANG - Seorang lelaki sempat memberhentikan keretanya di bahu jalan sebelum kenderaan itu terbakar di KM 17 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh petang tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, dalam kejadian jam 4.30 mangsa berusia 25 tahun yang dalam perjalanan menghala ke Rawang terdengar letupan pada bahagian enjin kereta jenis Peugeot dipandunya.

"Pengadu memberhentikan kereta di tepi kiri jalan dan mendapati keretanya telah terbakar di bahagian enjin.

"Pihak bomba tiba ke lokasi 20 minit selepas dimaklumkan kejadian dan berjaya memadamkan kebakaran pada kereta itu," katanya.

Katanya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan tiada kenderaan lain terlibat dalam insiden itu.

Artikel Berkaitan: