27 penumpang cemas, bas terlibat nahas

Keadaan hadapan bas ekspres berkenaan yang terlibat nahas. -Foto Info Bencana Terengganu
Keadaan hadapan bas ekspres berkenaan yang terlibat nahas. -Foto Info Bencana Terengganu
A
A
A

BESUT - Seramai 27 penumpang bas ekspres dari Kuala Perlis berdepan detik cemas apabila bas yang dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Kampung Anak Ikan di sini awal pagi tadi.

Bagaimanapun, kesemua mereka selamat dan tidak mengalami kecederaan manakala pemandu lori yang berusia 27 tahun mengalami luka kecil di dahi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 4.30 pagi dan semasa kejadian, bas yang dipandu lelaki berusia 35 tahun itu dari Kuala Perlis menghala ke Dungun.

"Apabila sampai di lokasi berkenaan, bas itu dipercayai telah melanggar bahagian belakang lori yang membawa muatan sawit yang sedang berhenti untuk masuk ke stesen Petron Kampung Anak Ikan bagi mengisi minyak.

"Ketika kejadian, terdapat 27 orang penumpang di dalam bas namun kesemua penumpang dan pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan: