MyPerintis sumbang 500 beg sekolah

Lawrence (sepuluh dari kanan) bergambar bersama sebahagian penerima semasa simbolik penyampaian sumbangan di SK Taman Megah, hari ini.
Lawrence (sepuluh dari kanan) bergambar bersama sebahagian penerima semasa simbolik penyampaian sumbangan di SK Taman Megah, hari ini.
A
A
A

PETALING JAYA - MyPerintis dengan kerjasama Pasaraya Mydin menyumbang 500 beg sekolah di 16 sekolah rendah bagi daerah Petaling Jaya, hari ini.

Pengasas MyPerintis, Datuk Lawrence Low berkata, MyPerintis yang banyak menumpukan program akademik memberikan kelainan tahun ini dengan sumbangan beg sekolah yang akan diedarkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Utama dan Petaling Perdana ke sekolah terlibat.

Menurutnya, beliau berpandangan bentuk bantuan seperti itu adalah langkah tepat menyuntik motivasi dan keceriaan kepada murid-murid.

"Keperluan persekolahan yang tidak mencukupi akan mengganggu mood murid-murid sepanjang tempoh satu tahun sesi persekolahan.

"Sebelum Tahun Baru Cina, kami juga akan mengedarkan 500 pasang kasut hitam dan 1,000 stoking kepada murid-murid memerlukan," katanya.

Beliau ditemui ketika Majlis Penyerahan Beg Sekolah Murid Sekolah Rendah di bawah Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Utama, Petaling Perdana di Sekolah Kebangsaan Taman Megah.

Turut hadir Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Utama, Azmi Misron dan Petaling Perdana, Ghafar Bakar.

MyPerintis adalah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan sebagai memperkasa golongan muda untuk masa depan Malaysia yang lebih baik.

Artikel Berkaitan: