Presiden Iran hasrat jalin kerjasama dengan Arab Saudi

 Hassan Rouhani
Hassan Rouhani
A
A
A

TEHRAN - Presiden Iran, Hassan Rouhani telah mengutus surat kepada Raja Arab Saudi untuk menjalin kerjasama mengenai keamanan serantau, lapor agensi berita Xinhua memetik agensi berita Tasnim.

"Surat itu berkaitan isu keamanan dan kestabilan serantau," kata jurucakap kerajaan Rabbi Ali pada Isnin.

"Kami percaya hubungan dua hala boleh dijalinkan di rantau ini dan tekanan Amerika Syarikat tidak seharusnya menjadi penghalang hubungan dengan negara jiran," tambah Rabiee.

Pada Sabtu, Kementerian Luar mengumumkan Iran telah mengemukakan pelan perdamaian Hormuz ke negara serantau.

Sebelum ini, Rouhani berkata, Inisiatif Perdamaian Hormuz bertujuan mewujudkan keamanan yang berkekalan.

"Hanya kerjasama antara wilayah serantau sahaja yang boleh mewujudkan keamanan itu," tegas Iran. - Bernama

Artikel Berkaitan: