Pemandu Grab wanita diganggu penumpang

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu grab wanita berdepan detik menakutkan selepas menjadi mangsa gangguan seksual penumpangnya seorang lelaki warga asing.

Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata, mangsa menerima panggilan pelanggan warga India pada jam 6.30 pagi, Selasa lalu di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Menurutnya, suspek meminta mangsa menghantarnya ke Taman Subang Damai, Shah Alam.

“Ketika berada di Dataran Merdeka menghala ke Parlimen, mangsa menyedari suspek yang duduk di kerusi penumpang belakang memegang kemaluannya dan apabila tiba di Lebuhraya Sprint berhampiran Damansara, mangsa menghidu bau pelik dari belakang.

“Mangsa kemudian menegur perbuatan suspek dan memberhentikan keretanya di kawasan tol seterusnya meminta suspek turun dari kenderaan,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, suspek bagaimanapun berdegil sebelum mangsa meminta bantuan pekerja tol dan membuat laporan polis.

Mengulas lanjut, mangsa tidak mengetahui nombor telefon suspek dan hanya mendapat maklumat pesanan daripada aplikasi Grab.

“Polis akan dapatkan info daripada stesen Grab bagi mengesan suspek terbabit. Siasatan masih dijalankan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955,” katanya.

Artikel Berkaitan: