X

Kindly register in order to view this article
!

Sekolah pilihan akhir pusat pemindahan sementara

Halimahton Shaadiah (tengah) melakukan gimik perasmian Program Kebajikan Kemakmuran bersama Peringkat Negeri Kedah 2019 di Dewan Seri Mentaloon, di sini hari ini.
A
A

ALOR SETAR - Orang ramai diminta tidak bimbang isu ketiadaan sekolah untuk menjadi pusat penempatan sementara (PPS) jika berlaku gelombang kedua banjir di negeri ini.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pembasmi Kemiskinan dan Kebajikan, Halimaton Shaadiah Saad berkata, premis lain yang bersesuaian akan digunakan untuk penempatan sementara mangsa banjir.

Menurut beliau, pihaknya ambil maklum bahawa sekolah-sekolah kini digunakan untuk pelajar mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bermula hari ini.

"'Sekolah boleh digunakan untuk tujuan itu cuma ia diletakkan sebagai pilihan akhirnya. Malah, kita juga pernah menukar kawasan PPS untuk menempatkan mangsa banjir sebelum ini.

"Sebagai contohnya,kita menempatkan mangsa banjir di Dewan Kampung Tradisi berikutan banjir melanda Kubang Pasu baru-baru ini sedangkan cadangan asal adalah sekolah di Changlun," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Kebajikan Kemakmuran bersama Peringkat Negeri Kedah 2019 di Dewan Seri Mentaloon di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah, Azmi Abd Karim.

"Jikalau, ada premis lain yang boleh digunakan, kita akan mohon untuk gazetkan ia sementara sebagai PPS. Selain itu, kita tukar lokasi pusat penempatan sementara di sekolah rendah yang tidak ada peperiksaan," katanya.

Dalam perkembangan sama, kata beliau, kerajaan negeri sentiasa bersiap siaga berdepan sebarang kemungkinan gelombang kedua banjir.

Katanya, semua agensi terlibat dalam menguruskan bencana seperti JKM, Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma)

dan lain-lain akan mengadakan mesyuarat esok demi membincangkan tindakan dan persiapan perlu diambil demi berdepan banjir itu.

"Jikalau boleh, kita harap tidak berlaku banjir gelombang kedua, ketiga. Namun, kita memang telah membuat persiapan sebaik-baiknya untuk berdepan sebarang kemungkinan," katanya.

Terdahulu seramai 36 penerima mengikut lima kategori seperti kanak-kanak, warga emas, orang kurang upaya (OKU), kebajikan produktif dan komuniti dan anugerah kemuncak menerima anugerah masing-masing atas sumbangan diberikan mereka.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!