Besar hati Tun M sudi bantu kempen: Karmaine

Karmaine (dua dari kiri) bersama Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Mohd Radzi Md Jidin (kanan) beramah mesra dengan para peniaga Pasar Pagi Pekan Serkat Laut bagi kempen PRK Parlimen Tanjung Piai hari ini. - Foto Bernama
Karmaine (dua dari kiri) bersama Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Mohd Radzi Md Jidin (kanan) beramah mesra dengan para peniaga Pasar Pagi Pekan Serkat Laut bagi kempen PRK Parlimen Tanjung Piai hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PONTIAN - Jaminan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad untuk turun ke kawasan Parlimen Tanjung Piai bagi membantu kempen PH dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu menyuntik semangat kepada jentera parti.

Calon PH, Karmaine Sardini berkata, beliau berbesar hati dengan kesudian Dr Mahathir untuk turun ke kawasan Tanjung Piai bagi membantunya berkempen selain menunjukkan keprihatinan Perdana Menteri terhadap penduduk di kawasan itu.

"Saya berbesar hati. Dia (Dr Mahathir) pilih saya sebagai calon dan beliau juga datang memberi sokongan.

"Sebagai ketua parti dan Perdana Menteri, sudah tentu usaha beliau (Dr Mahathir), rakyat kena nampak itu usaha bagi mengekalkan PH di Tanjung Piai ini," katanya ditemui pemberita selepas berkempen di sekitar Pekan Kukup dan pasar pagi Simpang Empat, Serkat, di sini hari ini.

Semalam, Dr Mahathir pada sidang akhbar di Bangkok, Thailand sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-35 dilaporkan sebagai berkata, beliau akan turun ke Tanjung Piai untuk berkempen membantu Karmaine. - Bernama

Artikel Berkaitan: