Penguatkuasaan berperingkat kerusi keselamatan kanak-kanak

Anthony Loke Siew Fook
Anthony Loke Siew Fook
A
A
A

PUTRAJAYA - Penguatkuasaan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) dalam setiap kereta persendirian akan dilakukan secara berperingkat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, penguatkuasaan tersebut bagi mendidik masyarakat terhadap keperluan penggunaan CRS.

"Kementerian mahu mulakan inisiatif ini tapi ia lebih kepada soal pendidikan terlebih dahulu, nak didik dan beri kesedaran kepada orang ramai, penguatkuasaan pula akan dilakukan secara berperingkat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra dan Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.

Ditanya mengenai sama ada kerajaan menimbang sebarang pemberian subsidi kepada ibu bapa yang tidak mampu membeli CRS, Anthony berkata, tiada peruntukan untuk perkara tersebut.

"Kerajaan telah memansuhkan cukai import sebanyak lima peratus bagi pembelian produk ini, sudah tentu apabila ada permintaan lebih banyak, harga di pasaran domestik akan turun," katanya.

Bermula 1 Januari tahun depan, kerajaan akan mewajibkan penggunaan CRS di dalam kenderaan bagi menyelamatkan kanak-kanak daripada mengalami kecederaan serius atau kematian sekiranya berlaku kemalangan.

Artikel Berkaitan: