Tema 'dark mode' WhatsApp jimatkan bateri telefon

Pengguna WhatsApp akan dapat menikmati tema 'dark mode' tidak lama lagi.
Pengguna WhatsApp akan dapat menikmati tema 'dark mode' tidak lama lagi.
A
A
A

ANDA kini mampu menjimatkan penggunaan bateri telefon pintar apabila aplikasi WhatsApp kini menawarkan fungsi 'dark mode' atau mod gelap.

Jika anda melihat aplikasi WhatsApp sekarang, fungsi ini masih belum dipaparkan secara rasmi kerana tawaran tersebut sedang diproses.

Sejak Apple menawarkan kemas kini bagi iOS 13 dengan fungsi ‘dark mode’, beberapa aplikasi lain dilihat turut menawarkannya.

Namun istimewanya, tawaran WhatsApp dengan fungsi 'dark mode' ini terbuka kepada semua pengguna Android dan iOS.

Secara ringkasnya, apabila anda memilih mod gelap pada telefon pintar yang difahamkan didatangkan dengan dua warna pilihan, anda akan melihat paparan WhatsApp bertukar kepada warna biru atau hijau gelap.

Dengan cara itu, ia turut akan membuatkan bateri telefon pintar anda lebih jimat di samping ianya juga menawarkan jaminan tiada sebarang 'Spyware' yang boleh menjejaskan privasi anda.

Sebelum ini, Google Chrome, Facebook, YouTube, Instagram, Linkedln dan Twitter turut menawarkan fungsi 'dark mode'.

Artikel Berkaitan: