AS secara rasmi tarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris

Kumpulan aktivis pencinta alam mengadakan bantahan di Washington pada September lalu.
Kumpulan aktivis pencinta alam mengadakan bantahan di Washington pada September lalu.
A
A
A

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) semalam memaklumkan PBB bahawa ia secara rasmi menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris 2015 sekali gus menjadi negara ekonomi terbesar di dunia itu sebagai pihak tunggal yang berbuat demikian.

Presiden Donald Trump tetap meneruskan langkah itu walaupun dunia kini semakin tenat akibat impak perubahan iklim dengan September sebagai bulan keempat berturut-turut dengan suhu hampir atau telah memecah rekod.

Washington menyerahkan surat penarikan diri itu kepada agensi antarabangsa tersebut pada tarikh rundingan yang dicapai pendahulu Trump, Barack Obama.

Ia akan keluar secara rasmi daripada perjanjian Paris tersebut pada 4 November 2020 sehari selepas Pilihan Raya Presiden AS yang mana jutawan hartanah terbabit berhasrat untuk mengekalkan penggal kedua pentadbirannya.

Ketika mengumumkan langkah itu, Setiausaha Negara, Mike Pompeo mengulangi kenyataan Trump pada 2017 yang mendakwa perjanjian itu memberi beban ekonomi tidak adil kepada AS.

"Pendekatan AS adalah menggabungkan realiti campuran tenaga global dan penggunaan kesemua sumber tenaga serta teknologi bersih dan cekap termasuk bahan api fosil, tenaga nuklear dan boleh diperbaharui," katanya.

Washington bagaimanapun merancang untuk menyertai persidangan Rangka Kerja Perubahan Iklim PBB (COP) di Sepanyol pada bulan ini. - AFP

Artikel Berkaitan: