Polis Melaka bebas ketum

Mat Kasim ketika merasmikan rumah kelab IPD Jasin di sini hari ini.
Mat Kasim ketika merasmikan rumah kelab IPD Jasin di sini hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Pegawai dan anggota polis di Melaka diyakini bebas daripada sebarang pengaruh atau penggunaan ketum.

Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim berkata, setakat ini belum ada sebarang tangkapan atau rekod yang membabitkan pegawai dan anggota namun tidak bermaksud pihaknya akan berdiam diri dan tidak akan berkompromi.

Menurutnya, ia tidak kira apa juga alasan yang diberikan sama ada bagi kegunaan kesihatan dan sebagainya ia tetap tidak dibenarkan dan tindakan tegas akan, diambil mengikut undang-undang yang ditetapkan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

"Setakat ini Melaka bebas daripada penggunaan bahan terlarang itu dan belum ada rekod dalam kalangan pegawai mahupun anggota polis.

"Tapi kita juga tidak akan berkompromi dengan sesiapa dalam pasukan yang menggunakan bahan yang diharamkan dalam apa tujuan apa pun," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai penahanan 14 anggota Unit Kereta Peronda (MPV) oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dalam Ops Blue Devil selepas menemui dua botol 1.5 liter berisi cecair disyaki air ketum bersama mereka baru-baru ini.

Mat Kasim (kanan) dan Arshad (dua dari kanan) beramah mesra bersama pegawai dan anggota polis selepas majlis Serah/Terima Tugas Ketua Polis Daerah Jasin dan Majlis Perasmian Rumah Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) di IPD Jasin di sini hari ini.
Mat Kasim (kanan) dan Arshad (dua dari kanan) beramah mesra bersama pegawai dan anggota polis selepas majlis Serah/Terima Tugas Ketua Polis Daerah Jasin dan Majlis Perasmian Rumah Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) di IPD Jasin di sini hari ini.

Terdahulu Mat Kasim menyaksikan majlis Serah/Terima Tugas Ketua Polis Daerah Jasin dan Majlis Perasmian Rumah Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris.

Tambahnya, beliau turut menasihatkan anggota polis Melaka bagi agar pengambilan bahan terlarang itu tidak berlaku di Melaka sekali gus bagi memastikan Melaka kekal Melaka bersih, indah, pintar.

Pada majlis itu Ketua Polis Daerah Jasin yang sebelum ini disandang oleh Deputi Superintendan Arshad Abu dinaikkan pangkat ke Superintendan dan memulakan tugas baharu sebagai Ketua Polis Alor Gajah berkuat kuasa esok.

Sementara tempatnya yang masih kosong akan dipangku oleh Ketua Bahagian Pengurusan Daerah Jasin, Asisten Superintendan Fadzilah Mohd Nor.