Lima sekeluarga mati diserang lelaki bersenjata di Mexico

Kenderaan yang membawa keluarga terbabit sebelum dibunuh oleh lelaki bersenjata di utara Mexico berdekatan sempadan Amerika Syarikat semalam. -FOTO: AGENSI
Kenderaan yang membawa keluarga terbabit sebelum dibunuh oleh lelaki bersenjata di utara Mexico berdekatan sempadan Amerika Syarikat semalam. -FOTO: AGENSI
A
A
A

MEXICO CITY - Sekurang-kurangnya lima sekeluarga termasuk dua bayi mati dibunuh lelaki bersenjata dalam serangan di utara Mexico berdekatan sempadan Amerika Syarikat semalam.

Media Mexico melaporkan mangsa merupakan ahli keluarga LeBaron yang dikaitkan dengan masyarakat Mormon sebelum berpindah ke Mexico sedekad lalu dan berkemungkinan merupakan warga Amerika Syarikat.

Kerajaan negeri Chihuahua dan Sonora yang bersempadan dengan Amerika dalam satu kenyataan bersama lewat semalam memaklumkan siasatan mengenai kejadian itu sedang dijalankan.

Kenyataan itu juga menyatakan pasukan keselamatan persekutuan dan tempatan yang dihantar ke kawasan berhampiran sempadan tidak memberikan butiran lanjut.

Imej yang disiarkan oleh stesen televisyen tempatan menunjukkan sebuah kereta terbakar dipercayai milik keluarga tersebut.

Aktivis tempatan dan ahli keluarga Julian LeBaron memberitahu, insiden itu merupakan satu pembunuhan beramai-ramai sambil terdapat mangsa yang dibakar hidup-hidup. - Agensi

Artikel Berkaitan: