Wang sagu hati nelayan Tanjung Piai akan diselesaikan segera

Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub
A
A
A

PONTIAN - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) akan bekerjasama dengan kerajaan Johor bagi memastikan isu wang sagu hati yang diperkatakan nelayan di Tanjung Piai mendapat perhatian sewajarnya.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, beliau sendiri akan berbincang dengan Menteri Besar, Datuk Dr Saharuddin Jamal berhubung kaedah terbaik menyelesaikan isu wang sagu hati tersebut.

"Itu yang dijanjikan kerajaan dulu (Barisan Nasional) di bawah Tabung Yayasan Nelayan Johor.

"Kita kena semak sama ada tabung itu wujud lagi atau tidak lagi kerana itu di bawah kerajaan negeri dulu. Jadi, kita kena tengoklah duit itu ke mana, ada lagi atau tidak duit itu," katanya.

Terdahulu, beliau mengadakan 'walkabout' di Pasar Pagi Serkat, di sini pagi tadi.

Salahuddin bertemu dengan penduduk di sebuah warung selepas mengadakan 'walkabout' di Pasar Pagi Serkat pagi ini.
Salahuddin bertemu dengan penduduk di sebuah warung selepas mengadakan 'walkabout' di Pasar Pagi Serkat pagi ini.

Semalam Sinar Harian melaporkan lebih 800 nelayan Parlimen Tanjung Piai kecewa dengan penangguhan bantuan sagu hati RM1,000 dijanjikan kerajaan Johor sejak 2016.

Wang sagu hati nelayan merupakan pemberian kerajaan Johor di bawah BN ketika Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memegang jawatan Menteri Besar dengan jumlah sebanyak RM2,000 hingga RM3,000.

Artikel Berkaitan:

Pemberian wang sagu hati kepada nelayan, penternak kupang dan ikan sangkar di Johor Selatan yang terjejas akibat penambakan laut dan hakisan merangkumi Parlimen Johor Baharu, Tebrau, Pulai, Gelang Patah dan Tanjung Piai.

Mengulas lanjut Salahuddin berkata, kementeriannya juga telah menyediakan peruntukkan tambahan yang akan disampaikan dalam bentuk bantuan kepada nelayan.

"Hari ini saya akan bertemu dengan Dr Sahrudddin bagi melihat bagaimana MOA dapat bantu kerajaan negeri tunaikan harapan nelayan tentang wang sagu hati ini," katanya.

Salahuddin berkata pihaknya akan meminta Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Johor Selatan mendapatkan senarai nelayan yang layak terima bantuan dan sagu hati khususnya di Tanjung Piai.

"Saya pasti mereka akan diberikan pampasan itu, banyak atau sedikit, ia bergantung kepada jumlah yang akan ditentukan nanti," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Bantuan sagu hati nelayan diberi selepas kempen PRK

ARTIKEL BERKAITAN 'Kami kecewa bantuan saguhati tiga kali tertangguh'