Lima tahun bersiaran, Go Shop terus unggul

Go Shop meraikan ulang tahun kelimanya dengan meriah yang diserikan dengan kehadiran beberapa artis tempatan termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza (tujuh dari kiri) di Bukit Jalil semalam.
Go Shop meraikan ulang tahun kelimanya dengan meriah yang diserikan dengan kehadiran beberapa artis tempatan termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza (tujuh dari kiri) di Bukit Jalil semalam.
A
A
A

GO Shop, perkhidmatan beli-belah gaya hidup pelbagai platform meraikan ulang tahun kelimanya dengan penuh meriah baru-baru ini.

Sambutan penuh warna-warni yang disiarkan secara langsung bermula jam 11 pagi itu turut diserikan lagi dengan kehadiran beberapa artis tempatan termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

Ketua Pegawai Eksekutif Go Shop, Dr Grace Lee menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang berterusan menyokong program berkenaan sejak ia mula ditayangkan lima tahun lalu.

Menurutnya, tanpa sokongan semua pihak, Go Shop tidak mungkin kekal bertahan sebagai program Home Shopping terunggul di Malaysia.

“Go Shop juga mungkin tidak akan berada seperti di mana kami berada sekarang. Kami telah mendaftar seramai dua juta pelanggan.

“Kami menerima lebih enam juta pesanan sepanjang lima tahun ini dan sebanyak 6.8 juta produk telah dijual. Kami juga telah menarik seramai dua juta orang dalam aplikasi kami dan seramai sejuta orang memuat turun aplikasi tersebut,” katanya pada majlis Go Shop 5th Anniversary Live Party di sini baru-baru ini.

Grace berkata, selepas ini Go Shop akan bersiaran dalam MyFreeview di saluran 120HD.

"Dengan ini, kita sekarang mencapai seramai 17 juta orang dan 7.4 juta isi rumah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut menggalakkan usahawan dan pemain industri kecil sederhana (IKS) menyertai Go Shop bagi meningkatkan capaian pelanggan mereka.