Lebih 40 migran ditemui dalam trak sejuk beku di Greece

Trak membawa 41 migran ditahan pihak polis Greece yang melakukan pemeriksaan. - Foto Reuters
Trak membawa 41 migran ditahan pihak polis Greece yang melakukan pemeriksaan. - Foto Reuters
A
A
A

THESSALONIKI - Seramai 41 migran ditemui bersembunyi dalam sebuah trak sejuk beku di utara Greece hari ini.

Polis berkata, migran dipercayai dari Afghanistan itu ditemui dalam keadaan baik dan tujuh daripada mereka diberi rawatan di hospital.

"Trak terbabit membawa lelaki dewasa dan kanak-kanak lelaki. Proses mengenalpasti kewarganegaraan akan mengambil masa beberapa hari," kata satu sumber polis kepada AFP.

Trak berkenaan ditahan polis ketika pemeriksaan rutin di lebuh raya Egnatia terletak antara bandar Xanthi dan Komotini.

Pemandu trak yang berasal dari Georgia turut ditahan.

Ia merupakan penemuan terbaru selepas 39 migran dipercayai warga Vietnam ditemukan maut dalam sebuah kontena trak sejuk beku di Britain bulan lalu.

Sementara itu, lebih 30 pendatang dari Pakistan turut ditemukan bersembunyi dalam sebuah lori di selatan Perancis Sabtu lalu.- AFP

ARTIKEL BERKAITAN: 30 pendatang Pakistan ditemui dalam lori di Perancis

Artikel Berkaitan:

39 mayat dalam kontena: Vietnam tahan lapan individu