Fokus kepada pelajar berprestasi rendah di Perlis: Raja Perlis

Tuanku Raja Perempuan Perlis, Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan beramah mesra bersama tetamu.
Tuanku Raja Perempuan Perlis, Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan beramah mesra bersama tetamu.
A
A
A

KANGAR - Pertubuhan Jemaah Datuk Perlis yang bergerak aktif khususnya dalam bidang pendidikan diharap akan terus memberi fokus kepada pelajar berprestasi rendah di negeri ini.

Demikian titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail ketika berkenan berangkat menghadiri Majlis Santapan Malam 2019 Jemaah Datuk-Datuk Perlis yang diadakan di Ballroom, Hotel Intercontinental, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada malam semalam.

Baginda bertitah, menerusi Program Kecemerlangan Pendidikan yang memasuki tahun terakhir pakej pengapungannya melibatkan pelajar terpilih mengikuti program di 20 buah sekolah menengah sekitar negeri Perlis.

"Diharap program ini berjaya meningkatkan tahap pembelajaran pelajar yang terlibat.

"Dengan usaha gigih semua pihak, diharap akan dapat diwujudkan pakej yang lebih menarik di tahun akan datang yang bertujuan untuk terus meningkatkan lagi tahap pembelajaran terutama pelajar daripada sekolah luar bandar," titahnya.

Baginda juga berharap, usaha murni serta komitmen berterusan akan terus dipelopori oleh Jemaah Datuk Perlis bagi mengembalikan kecemerlangan pembelajaran di Perlis.

Berangkat sama, Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Presiden Jemaah Datuk Perlis, Datuk Idrus Kassim serta ahli-ahli jawatankuasa tertinggi Jemaah.

Artikel Berkaitan:

Turut berangkat ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Penaung DiRaja Jemaah itu.

Majlis tahunan yang dihadiri seramai 400 tetamu ini dianjurkan bersempena ulang tahun Hari Keputeraan Tuanku Raja Perlis yang ke-76 yang disambut baru-baru ini.

Tuanku Syed Sirajuddin turut berharap agar menerusi Yayasan Jemaah Datuk Perlis, aktiviti khidmat bakti kepada masyarakat menerusi khidmat sosial dapat diteruskan.