X

Kindly register in order to view this article
!

Dua maut kereta bertembung treler

Anggota bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
A
A

BUKIT MERTAJAM - Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan treler di Jalan Kulim berhampiran Kampung Machang Bubok di sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, kereta jenis Produa Myvi yang dipandu mangsa, Ho Seng Yew, 29, dari arah Kulim ke Bukit Mertajam dikatakan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah treler.

Pemandu kereta berkenaan dan rakannya, Cheong Sik Liang, 20, yang berada di berada di tempat duduk penumpang tersepit.

Anggota bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian itu.

Katanya, pemandu treler berkenaan yang berusia 36 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kedua-dua mayat lelaki berkenaan dibawa ke Unit Forensik Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus