Jutaan rakyat India hidu jerebu beracun

Seorang lelaki melintasi jalan raya di tengah-tengah jerebu beracun yang melanda New Delhi hari ini. - Foto: AFP
Seorang lelaki melintasi jalan raya di tengah-tengah jerebu beracun yang melanda New Delhi hari ini. - Foto: AFP
A
A
A

NEW DELHI - Jutaan penduduk di India memulakan minggu baharu hari ini dengan menghidu asap tebal yang turut menyaksikan sekolah ditutup, kenderaan dilarang berada di jalan raya dan pembinaan dihentikan.

Jerebu beracun menyelimuti New Delhi setiap kali musim sejuk akibat daripada asap kenderaan dan pembakaran pertanian di negara jiran.

Pencemaran di negara itu semakin memburuk sejak tiga tahun lalu dan Ketua Menteri New Delhi, Arvind Kejriwal menggesa negaranya melakukan apa sahaja langkah bagi memerangi pencemaran tersebut.

Antara inisiatif yang diambil kerajaan Kejriwal termasuk mengarahkan separuh kereta persendirian di bandar itu tidak menggunakan jalan raya berdasarkan sistem plat pendaftaran bernombor ganjil.

Sekolah yang ditutup pada Jumaat lalu masih belum dibuka sehingga hari ini dan semua kerja pembinaan di seluruh ibu negara serta kawasan sekitarnya diarahkan berhenti.

"Pihak berkuasa juga mengedarkan topeng muka kepada pelajar di sekolah," kata Kejriwal.

Susulan pencemaran itu, sekumpulan aktivis alam sekitar menulis surat kepada Perdana Menteri, Narendra Modi menggesa beliau campur tangan mengenai isu berkenaan.

Menurut mereka, parti politik sibuk menuding jari mencari siapa yang harus dipersalahkan sementara rakyat India terus meninggal dunia. - AFP

Artikel Berkaitan: