[VIDEO] Filem animasi pendek Kring setaraf Pixar

Cerita animasi pendek 'Kring' yang dihasilkan Brainy Bones Studios berjaya membuatkan netizen kagum dan memuji animasi mereka setaraf dengan Pixar.
Cerita animasi pendek 'Kring' yang dihasilkan Brainy Bones Studios berjaya membuatkan netizen kagum dan memuji animasi mereka setaraf dengan Pixar.
A
A
A

SHAH ALAM - Ramai terinspirasi dengan filem dan animasi pendek yang dihasilkan oleh Pixar Animation Studios yang bukan sahaja memaparkan kualiti grafik animasi terbaik, malah jalan cerita yang diberikan mampu memberi inspirasi kepada setiap yang menontonnya.

Namun siapa sangka animasi pendek bertajuk 'Kring' yang dihasilkan sebuah studio yang dimiliki rakyat Malaysia berjaya menghasilkan animasi setaraf dengan Pixar yang dimiliki Walt Disney.

Animasi yang dihasilkan oleh Brainy Bones Studios menceritakan tentang kegigihan seorang guru dikenali sebagai cikgu Suraya berjaya mendidik seorang murid istimewa yang sentiasa gagal dalam mata pelajaran Matematik.

Tidak diketahui mengapa murid tersebut tidak dapat menulis nombor, malah dengan nombor tersebut dia menghasilkan lukisan misteri yang tiada kaitan dengan Matematik membuatkan cikgu Suraya tertekan dan hampir berputus asa seolah-olah dia tiada harapan untuk lulus dalam subjek tersebut.

Kring mengisahkan tentang kegigihan cikgu Suraya mendidik seorang murid istimewa yang sering gagal dalam mata pelajaran Matematik.
Kring mengisahkan tentang kegigihan cikgu Suraya mendidik seorang murid istimewa yang sering gagal dalam mata pelajaran Matematik.

Namun selepas murid terbabit menghantar sekeping lukisan dirinya menyayangi cikgu tersebut membuatkan Cikgu Suraya menyedari murid tersebut bukanlah berniat untuk gagal sebaliknya dia memang ikhlas untuk belajar subjek Matematik.

Cikgu Suraya kemudian menyedari sesuatu yang istimewa berkenaan lukisan-lukisan misteri itu dan akhirnya menemui penyelesaian untuk mengajar Matematik sehinggakan pelajar tersebut berjaya lulus dalam mata pelajaran itu.

Walaupun animasi pendek yang berdurasi 7 minit 25 saat itu tidak mempunyai dialog percakapan, muzik dan jalan penceritaan dalam animasi tersebut menyentuh serta memberi inspirasi kepada penonton.

Artikel Berkaitan:

Animasi tersebut yang dimuat naik di saluran YouTube Brainy Bones Studios berjaya meraih 17,051 tontonan, namun jumlah itu agak ketinggalan daripada sasaran radar masyarakat dan memerlukan bantuan warganet untuk berkongsi cerita tersebut.

Antara reaksi netizen yang kagum dengan animasi pendek bertajuk Kring.
Antara reaksi netizen yang kagum dengan animasi pendek bertajuk Kring.

Bagaimanapun ada di antara netizen yang meninggalkan komen terpegun dengan hasil kualiti grafik dan penceritaan yang dihasilkan Brainy Bones Studios hingga menganggap mereka setaraf dengan syarikat animasi terkenal seperti Pixar.

Diana Mahmud menulis, "Brainy Bones Studios, saya tengok cerita ini membuatkan saya kagum kerana kualiti grafik dan penceritaan yang anda hasilkan sememangnya setaraf Pixar. Macam tak percaya cerita ini dihasilkan oleh anak jati Malaysia."

"Aku kagum, animasinya sangat sempurna, emosional dan penceritaan yang pendek yang menyayat hati walaupun panjangnya lebih kurang dalam masa 7 minit. Syabas. Semoga anda berjaya di masa hadapan dan kami mahukan lagi daripada anda," tulis Kalim Dinie di ruangan komen YouTube.