[VIDEO] Misteri 'pusara' akhirnya terungkai

Misteri terungkai apabila sebatang pokok pisang ditemukan tertanam bersama sebidang tikar.
Misteri terungkai apabila sebatang pokok pisang ditemukan tertanam bersama sebidang tikar.
A
A
A

PASIR PUTEH - [DIKEMASKINI] Penemuan sebuah pusara baharu di Tanah Perkuburan Islam Tok Kamis, Wakaf Lichong dekat sini terungkai apabila sebatang pokok pisang ditemukan tertanam bersama sebidang tikar di kawasan itu hari ini.

Penemuan itu disahkan oleh anggota forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan yang melakukan kerja-kerja menggali pusara itu.

Ketua Polis Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri ketika dihubungi Sinar Harian hari ini mengesahkan perkara tersebut.

"Pemeriksaan yang dilakukan di lokasi mendapati sebatang pokok pisang telah ditanam di kawasan tersebut.

"Untuk apa tujuannya saya tidak tahu, kecuali mereka yang melakukan perkara tersebut," katanya.

Anggota forensik IPK Kelantan yang melakukan kerja-kerja menggali pusara.
Anggota forensik IPK Kelantan yang melakukan kerja-kerja menggali pusara.

Menurutnya, dia berharap orang ramai menghindari perkara tersebut kerana ia bertentangan dengan ajaran agama.

Sementara itu Imam Muda Masjid Kampung Wakaf Lichong, Mohd Shahrul Naim Saari berkata, sejurus dimaklumkan anggota polis berhubung laporan itu dia terus bergegas ke kawasan tanah perkuburan Islam tersebut.

Artikel Berkaitan:

Katanya, bagaimanapun kewujudan pusara itu disedari penduduk malam Jumaat lalu.

"Seminggu lalu memang ada kematian di kawasan berkenaan tetapi tiada sebarang pengumuman dibuat.

"Namun tiba-tiba saya dapat tahu ada sebuah pusara baharu di kawasan berkenaan pada malam Jumaat lalu," katanya.