KPDNHEP rampas barang tiruan

Anggota penguatkuasa KPDNHEP sedang memeriksa sebuah premis di Jalan Alor Bukit Bintang
Anggota penguatkuasa KPDNHEP sedang memeriksa sebuah premis di Jalan Alor Bukit Bintang
A
A
A

SHAH ALAM - Kegiatan penjualan barangan tiruan berjenama di dua premis di Jalan Alor, Bukit Bintang, Kuala Lumpur terbongkar selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur merampas barangan bernilai RM7,090.

Ketua Penguatkuasa KPDNHEP Kuala Lumpur, Azeem Nazuri berkata, barangan membabitkan pakaian, topi dan cenderamata.

“Kita merampas sebanyak 151 unit barang disyaki tiruan dan premis ini juga sudah beberapa kali diserbu sebelum ini.

"Mereka juga menjual barangan original yang dicampur dengan barangan tiruan dan sasaran jualan adalah pelancong dan warga tempatan sempena MotoGP," katanya melalui kenyataan media hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 (2) Akta Perihal Dagangan 2011.

Artikel Berkaitan: