17 maut bas terjunam dalam sungai di Nepal

Kebanyakan kemalangan bas di negara itu didakwa berpunca daripada kenderaan dan keadaan jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik. - Foto Agensi
Kebanyakan kemalangan bas di negara itu didakwa berpunca daripada kenderaan dan keadaan jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik. - Foto Agensi
A
A
A

KATHMANDU - Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dan 50 yang lain cedera selepas bas dinaiki terjunam ke dalam sungai di Nepal semalam.

Jurucakap polis, Madhav Kafle berkata, bas penuh sesak itu membawa penumpang yang pulang dari sambutan perayaan dan dipercayai mengalami masalah teknikal sebelum terhumban ke bawah lebuh raya di kawasan pergunungan.

Seramai 21 mangsa yang cedera masih mendapatkan rawatan di hospital.

"Penumpang mendengar bunyi kuat dan pemandu bas dipercayai gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan bas yang dipandu terjunam ke dalam Sungai Sunkoshi.

"Kemalangan berlaku kira-kira 120 kilometer dari timur ibu negara Kathmandu," katanya.

Difahamkan, bas tersebut penuh sesak susulan sambutan Deepavali yang berakhir minggu lalu dan orang ramai mula pulang ke rumah masing-masing.

Kebanyakan bas di Nepal berlaku di kawasan pergunungan dan didakwa berpunca daripada kenderaan dan keadaan jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik. - Agensi

Artikel Berkaitan: