CEO McDonald's dipecat kerana jalin hubungan dengan pekerja

Easterbrook setuju berundur selepas melanggar polisi syarikat dengan menjalinkan hubungan dengan pekerjanya.
Easterbrook setuju berundur selepas melanggar polisi syarikat dengan menjalinkan hubungan dengan pekerjanya.
A
A
A

ILLINOIS - Ketua Pegawai Eksekutif McDonald's, Steve Easterbrook dipecat selepas melanggar polisi syarikat apabila menjalinkan hubungan dengan pekerjanya.

Syarikat pengendali makanan segera itu dalam satu kenyataan berkata, Easterbrook, 52, tidak menunjukkan kelakuan yang baik dan McDonald's melarang pengurusnya daripada mempunyai sebarang hubungan dengan pekerja bawahan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Susulan kejadian itu, Easterbrook melalui emel kepada kakitangannya mengakui kesilapan yang telah dilakukan.

"Dengan mengambil kira nilai syarikat, saya bersetuju untuk mengundurkan diri," katanya.

Jumaat lalu, Ahli Lembaga Pengarah McDonald's mengundi untuk memecat ahli perniagaan itu selepas menjalankan siasatan menyeluruh.

Easterbrook menyertai McDonald's pada tahun 2015 dan bertanggungjawab terhadap kira-kira 14,000 restoran makanan segera tersebut di seluruh Amerika Syarikat (AS).

Tempat Easterbrook kini diganti oleh Presiden McDonald's AS, Chris Kempczinski. - Agensi

Artikel Berkaitan: