Larangan kutip dana untuk pembinaan Masjid Kampung Seri Aman

Shahrudin (kiri) ketika membuat bayaran akhir kepada Pengarah Urusan Seri Sekamat Enterprise Sdn Bhd, Datuk Mohd Said Mat Saman sebanyak RM118,500 pada September lalu.
Shahrudin (kiri) ketika membuat bayaran akhir kepada Pengarah Urusan Seri Sekamat Enterprise Sdn Bhd, Datuk Mohd Said Mat Saman sebanyak RM118,500 pada September lalu.
A
A
A

PUCHONG - Jawatankuasa Pembinaan Masjid Kampung Seri Aman (JPMKSA) hari ini mengesahkan masjid berkenaan siap dibina sepenuhnya dan hutang kontraktor sudah dilangsaikan.

Justeru, jawatankuasa itu melarang sebarang kutipan dana bagi tujuan pembinaan masjid tersebut.

Pengerusi JPMKSA, Shahrudin Mohd Sapian berkata, pihaknya ada menerima aduan terdapat tabung di premis tertentu di sekitar Kuala Lumpur yang masih mengutip sumbangan bagi tujuan itu.

“Untuk pengetahuan semua, Masjid Kampung Seri Aman sudah siap sepenuhnya. Hutang pun sudah habis dibayar kepada kontraktor dengan bayaran kali terakhir pada 4 September lalu berjumlah RM118,500. Kita juga sudah menghentikan kutipan derma,” katanya kepada Sinar Harian.

Shahrudin turut menghargai individu, syarikat korporat dan semua agensi yang memberi sumbangan menyiapkan masjid itu.

MKSA dibina pada tahun 2014 dengan kos keseluruhan sebanyak RM9.8 juta.

Hampir RM8 juta daripada kos pembinaan diterima daripada sumbangan orang ramai manakala selebihnya dana daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Artikel Berkaitan: