Patuhi etika pilihan raya semasa berkempen: SPR

Azhar Azizan Harun
Azhar Azizan Harun
A
A
A

PONTIAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengingatkan calon Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh dibabitkan dengan rasuah termasuk jamuan serta pemberian hadiah, barangan atau wang.

Mereka digesa mematuhi peraturan dan etika pilihan raya dan tidak mempengaruhi pengundi yang boleh menjadi kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun berkata, calon yang mengganggu pengundi daripada menjalankan hak pemilihan secara bebas juga merupakan satu kesalahan di bawah akta sama.

"Calon dan pihak terlibat dalam aktiviti berkempen perlu melaksanakannya secara berhemah dan mengikut etika kempen menjamin keharmonian masyarakat," katanya melalui kenyataan media hari ini.

Menurutnya, syarat berkenaan perlu dipatuhi bermula pengisytiharan calon pada 2 November sehingga jam 11.59 malam, 15 November 2019.

"Semua pihak diingatkan sebarang kempen atau aktiviti merayu undi dilarang pada hari mengundi termasuk melalui saluran media sosial. Kesemua parti dilarang membuka, membina atau menyelenggarakan pejabat atau barung pada hari mengundi," katanya.

Beliau juga mahu orang ramai melaporkan maklumat mengenai kesalahan undang-undang pilihan raya kepada polis dan kelakuan rasuah kepada kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Artikel Berkaitan: