Ayam Brand tekad atasi obesiti kanak-kanak

Nathan (tengah) bergambar bersama pemenang tempat pertama hingga ketiga pada pertandingan hidangan pinggan sihat 3S Malaysia.
Nathan (tengah) bergambar bersama pemenang tempat pertama hingga ketiga pada pertandingan hidangan pinggan sihat 3S Malaysia.
A
A
A

ALOR SETAR - Syarikat pengeluar makanan dalam tin terkemuka, Ayam Brand tekad membantu menangani masalah obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya kanak-kanak.

Pengurus Pemasaran Ayam Brand, Nathan Deverre berkata, sehubungan itu pihaknya membawa mesej nutrisi seimbang dalam usaha mengatasi masalah itu melalui Kempen Komuniti Penyayang 2019: Suku-Suku Separuh (3S).

Menurutnya, kempen berkenaan dilaksana bagi memperkasakan kanak-kanak dengan maklumat untuk mengenal pasti pilihan makanan yang sihat.

“Malah kita turut melengkapkan mereka dengan kemahiran menyediakan pinggan sihat 3S Malaysia.

“Kami mengambil inisiatif ini bagi membantu mengatasi masalah obesiti berikutan laporan Unit Risikan Ekonomi menunjukkan kadar obesiti di Malaysia adalah paling tinggi di Asia Tenggara,” katanya ketika ditemui pada program Ayam Brand Launches Suku-Suku Separuh Healthy Festival 2019 for Kedah di sini baru-baru ini.

Nathan berkata, seramai 24 kanak-kanak melibatkan Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim (DAYA), Badan Usaha Didikan Anak Yatim Negeri Kedah, Pertubuhan Bela dan Didik Anak-anak Yatim dan Miskin Daerah Padang Terap antara yang mengambil bahagian dalam kempen itu.

Artikel Berkaitan: