Perak Bison juara STL 2019

Antara aksi menarik pertemuan Perak Bison menentang Penang Black Panthers pada Liga Premier STL 2019. - Foto Sepak Takraw League
Antara aksi menarik pertemuan Perak Bison menentang Penang Black Panthers pada Liga Premier STL 2019. - Foto Sepak Takraw League
A
A
A

SAINGAN Liga Premier Sepak Takraw (STL) 2019 menutup tirai dengan Perak Bison merampas pendahulu takhta apabila menewaskan Penang Black Panthers sebentar tadi.

Tuan rumah berjaya membenam Penang Black Panthers dengan dua set 21-17, 21-9.

Kemenangan itu telah mengecewakan ATM Guardians apabila jatuh ke takhta kedua liga dengan perbezaan set kemenangan meskipun mengumpul mata yang sama.

Beraksi di gelanggang sendiri, Perak Bison menurunkan gandingan Meor Zulfikar Mat Amin, Asraaf Abd Hadi dan Amirul Ramadhan Fazillah sebelum Natthawut Naewprom mengambil alih sebagai tekong pada set kedua.

Trio Penang Black Panthers yang dibarisi Said Ezwan, Zulhusni Basri dan Azlan Alias hanya mampu berpuas hati di tempat ke empat.

Perak Bison membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM50,000.

ATM Guardians yang meraih tempat kedua pulang membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000 dan pengurus mereka, Mejar Tajul Hisyam Mamat dinobatkan sebagai pengurus terbaik manakala pengendali pasukan, Aswadi Abdullah diumumkan sebagai jurulatih terbaik.

Tempat ketiga pula menjadi milik Johor Tigris dan membawa pulang wang tunai RM20,000 selepas menewaskan Kelantan Warriors 2-0.

Artikel Berkaitan:

Dengan berakhirnya saingan itu, Perak Bison, ATM Guardians, Johor Tigris, Penang Black Panthers dan Kelantan Warriors akan beraksi ke STL Champions Cup bersama pasukan jemputan dari Indonesia, Thailand, Singapura, China dan Filipina.

STL Champions Cup dijadualkan berlangsung di Pinewood Iskandar Malaysia Studio, Johor bermula 22 hingga 28 Disember nanti.