Sindiket curi kereta mewah, pecah rumah tumpas

A Asmadi menunjukkan kereta Volkswagen Jetta yang dilarikan penjenayah dalam kes pecah rumah di Simpang Ampat, Isnin lalu.
A
A

ALOR GAJAH - Polis berjaya menyelesaikan satu kes pecah rumah yang melarikan sebuah kenderaan mewah di Simpang Ampat, dalam tempoh enam jam dengan tertangkap lima individu lelaki di Ulu Tiram, Johor, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A Asmadi Abd Aziz berkata, penahanan kelima-lima mereka berusia 23 hingga 48 tahun itu dilakukan jam 4 petang hari yang sama di sebuah kediaman dengan kerjasama pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru.

Menurutnya, polis berjaya mengesen lokasi mereka berpandukan sistem GPS yang terdapat pada kereta Volkswagen Jetta mangsa dan turut merampas beberapa barang yang disyaki diperolehi hasil kegiatan pecah rumah yang dianggarkan jumlah keseluruhan nilai rampasan termasuk kereta RM100,000.

"Kita percaya modus operandi mereka dengan sasaran kediaman yang tidak berpenghuni dan kosong di kawasan kediaman yang berhampiran susur keluar ke lebuhraya bagi menggelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa.

"Kesemua mereka kini ditahan reman hingga Isnin depan (7 Januari) bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379A dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.

Mengulas lanjut kejadian itu, A Asmadi berkata, suspek telah masuk ke dalam rumah mangsa yang tidak berpenghuni dengan memotong kunci mangga dan mengumpil jeriji pintu serta 'sliding door' untuk mengambil kunci kereta sebelum melarikan kereta tersebut.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia