X

Kindly register in order to view this article
!

Arab Saudi beri 300 biasiswa untuk pelajar Malaysia

Pertemua Maszlee dengan Menteri Pendidikan Saudi, Dr Hamad Mohammed Al Shaikh yang dikongsikan dalam Facebook beliau.
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Arab Saudi memutuskan untuk memberikan 300 biasiswa kepada pelajar Malaysia.

Khabar gembira itu dikongsikan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang menyatakan tumpuan biasiswa itu adalah kepada bidang sains dan teknologi.

“Arab Saudi juga sedang menyusun guru mereka daripada tiga subjek iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains untuk dihantar dan dilatih di Malaysia.

“Ia bagi mempersiapkan sistem pendidikan mereka menghadapi Pendidikan Abad Ke-21,” tulisnya dalam laman Facebook beliau sebentar tadi.

Tambah beliau, kementerian berbesar hati menerima penghormatan sebegitu dan amat sudi untuk berkongsi pengalaman bersama mereka.

“Para guru mereka boleh mengambil pengalaman tinggal dalam budaya masyarakat Malaysia dan turut menyumbang dalam pembelajaran anak-anak kita di sekolah.

“Pertukaran suasana sebegini merupakan satu inisiatif yang baik untuk meluaskan lagi spektrum pemikiran antara rakyat Malaysia dan Arab Saudi dan menyemarakkan aktiviti silang budaya,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus