Anwar jamin PKR bantu calon PH

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menggunakan sepenuh kekuatan jentera bagi membantu calon daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Jaminan itu disuarakan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui pada program Persidangan Masa Depan Digital di sini hari ini.

“Persiapan PKR lancar. Kita akan turun kempen dengan kekuatan penuh,” jawabnya ringkas ketika menjawab soalan media selepas majlis selesai.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Semalam, Dr Wan Azizah mengingatkan jentera PH bagi Parlimen Tanjung Piai supaya tidak leka dan bersikap ambil mudah dalam usaha untuk memenangkan calon PH.

Menurutnya, jentera PH termasuk jentera PKR akan berusaha sedaya upaya untuk memenangkan calon mereka, Karmaine Sardini.

Sementara itu, dalam persidangan tersebut, Anwar yang juga Pengerusi Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) diundang menyampaikan ucapan penutup.

Persidangan dua hari itu membincangkan pelbagai topik berkaitan masa depan digital bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh dunia.

Artikel Berkaitan: