Tiket AJL33 dijual dengan harga serendah RM25

No Image Caption
A
A
A

BUAT julung kalinya pihak produksi Anugerah Juara Lagu (AJL) menjual tiket kepada pihak umum dengan harga serendah RM25.

AJL yang akan bersiaran langsung pada 3 Februari 2019 di Stadium Axiata, Bukit Jalil, Kuala Lumpur akan membuat penjualan tiket secara atas talian melalui laman web www.myticket.asia bermula 7 Januari 2019.

Menurut Pengurus Hiburan Primeworks Studio, Muhammad Sufian Che Isa, ini merupakan kali pertama tiket AJL dijual kepada peminat.

"Dengan cara ini, semua peminat AJL33 akan mendapat peluang yang sama dalam mendapatkan tiket Anugerah Juara Lagu 33 secara atas talian.

"Oleh itu, kami menyeru kepada semua peminat untuk melayari www.myticket.asia pada 7 Januari 2019 ini dan dapatkan tiket anda segera kerana harga tiket AJL33 yang amat rendah ini pastinya ia akan habis terjual pada masa yang singkat.

"Terutamanya kerana ianya sebuah konsert di mana penyanyi-penyanyi popular masa kini berentap sesama mereka, harga tiket ini amat rendah jika dibandingkan dengan harga tiket konsert-konsert yang lain," katanya.

Anugerah Juara Lagu 33 mempunyai tiga jenis tiket dengan tiga harga berbeza iaitu Aras 4 (RM25), Aras 3 (RM35), dan Arena (RM55). Pautan penjualan tiket ini akan dibuka bermula pada 7 Januari 2019 hingga 2 Februari 2019.

Artikel Berkaitan: