MADA sambut baik cadangan petani

Laporan Sinar Harian semalam. Gambar kecil: Fouzi
Laporan Sinar Harian semalam. Gambar kecil: Fouzi
A
A
A

ALOR SETAR - Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menyambut baik cadangan yang diketengahkan oleh petani berkaitan isu bekalan benih padi.

Pengurus Besar MADA, Datuk Fouzi Ali berkata, pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi mencari penyelesaian holistik pada musim hadapan.

Menurutnya, beliau berharap perbincangan terbabit akan membantu melancarkan pembekalan benih padi sah bersubsidi di kawasan MADA dan petani dapat menjalankan kerja-kerja sawah dengan sistematik.

Semalam Sinar Harian melaporkan kira-kira 500 petani dalam kawasan MADA di Tunjang, Jitra tidak dapat melaksanakan kerja menabur benih padi disebabkan terputus bekalan benih berkenaan.

Pengerusi Badan Bertindak Petani MADA, Che Ani Md Zain mencadangkan agar kerajaan memberikan kuota benih padi mengikut zon kepada MADA Corp dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) sahaja sebagai langkah melancarkan pengedaran bekalan benih kepada petani.

ARTIKEL BERKAITAN: Mana benih padi kami?

Artikel Berkaitan: