X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

KPDNHEP rampas 1,000 tan gula di Johor

Pegawai operasi memeriksa gula yang disita. - Foto KPDNHEP Johor
A
A

JOHOR BAHRU - Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor merampas 1,000 tan gula bernilai RM2.45 juta daripada 3,000 tan gula yang disimpan dalam sebuah gudang penyimpanan di Batu Pahat Khamis lalu.

Pengarahnya, Mohd Hairul Anuar Bohro berkata, rampasan dibuat susulan gudang yang beroperasi sejak 10 tahun lalu itu menyimpan barang kawalan berjadual melebihi had simpanan ditetapkan iaitu 2,000 tan.

"Operasi dijalankan antara jam 3 petang hingga 5 petang di sebuah gudang simpan gula di Kawasan Perindustrian Sri Gading, Batu Pahat selepas risikan dibuat selama seminggu.

"Kita sita 1,000 tan gula daripada 3,000 tan yang disimpan dalam gudang itu kerana hanya 2,000 tan yang dibenarkan. Tiada sebarang tangkapan dibuat susulan daripada penyitaan gula ini," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Sebanyak 1,000 daripada 3,000 tan gula yang disimpan dalam sebuah gudang penyimpanan di Batu Pahat disita kerana melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974. - Foto KPDNHEP Johor
Sebanyak 1,000 daripada 3,000 tan gula yang disimpan dalam sebuah gudang penyimpanan di Batu Pahat disita kerana melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974. - Foto KPDNHEP Johor

Katanya, jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (1) dan Seksyen 22(2) Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama individu.

"Bagi kesalahan kedua, ketiga dan seterusnya denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara atau kedua-duanya sekali.

"Bagi syarikat didenda tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama dan tidak melebihi RM5 juta bagi kesalahan kedua dan seterusnya," katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan pembekal dan pemborong supaya menyimpan barang kawalan mengikut lesen yang dikeluarkan atau dengan kebenaran daripada kerajaan.

Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat dengan membuat aduan kepada kementerian bagi mana-mana peniaga yang tidak mematuhi undang-undang.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!