Anwar nafi ada sabotaj halang beliau jadi PM

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menangkis dakwaan kononnya wujud konspirasi dalam PH untuk menghalang beliau daripada menjadi Perdana Menteri.

Katanya, perkara tersebut adalah berita palsu dan ia tidak wajar dilayan.

"Saya tidak pernah kata begitu. Berita palsu tidak akan dilayan.

"Apa yang saya maksudkan adalah terdapat elemen tertentu yang mungkin tidak setuju dengan pelan peralihan kuasa," katanya pada sidang selepas mesyuarat Majlis Presiden PH, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai laporan Financial Times yang memetiknya sebagai berkata, terdapat pihak mahu mensabotajnya proses tersebut

Mengulas lanjut, Anwar berkata, peralihan kuasa adalah proses demokrasi dan Dr Mahathir telah bersetuju.

"Apa yang penting PH, Mahathir dan saya sendiri telah bersetuju," katanya

Artikel Berkaitan: