Harga minyak dimaklum dalam masa terdekat: Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan penetapan harga petrol dan diesel akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

“Kenyataan akan dikeluarkan kemudian,” katanya ringkas pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH hari ini.

Sebelum ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata penetapan harga runcit produk petroleum terkini akan dibuat sebelum akhir minggu pertama tahun baharu ini.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) Lapangan Terbang Seletar, Singapura, Dr Mahathir berkata, kerajaan akan mengadakan rundingan dengan negara berkenaan.

“Kabinet sudah memutuskan supaya diadakan rundingan dengan Singapura berhubung perkara ini,” katanya.

Sebelum ini berlaku sedikit ketegangan antara Malaysia dengan Singapura berhubung pelaksanaan tatacara ILS hujung tahun lalu.

Ini kerana Malaysia mahu Singapura menarik balik rancangan melaksanakan ILS atau mengubah laluan penerbangan ke Lapangan Terbang Seletar.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sebelum ini berkata, laluan penerbangan untuk sistem itu akan memberi impak besar kepada pembangunan di Pasir Gudang susulan sekatan ketinggian struktur di kawasan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, Pelabuhan Pasir Gudang juga akan berada dalam keadaan berisiko tinggi selain menghadapi pelbagai sekatan susulan pelaksanaan sistem pendaratan itu.