Jangan undi Berjasa, undi calon MCA: Takiyuddin

Takiyuddin Hassan
Takiyuddin Hassan
A
A
A

PONTIAN - "Jangan undi calon Berjasa. Undi calon MCA." demikian tegas Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan ketika mengulas berhubung penyertaan calon parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Takiyuddin berkata, biarpun Berjasa adalah salah satu parti dalam Gagasan Sejahtera, namun semua ahli Pas diingatkan agar tidak memberikan undi kepada mereka.

Sebaliknya menurut Takiyuddin, beliau mahu agar semua ahli Pas memberikan undi kepada calon MCA pada PRK kali ini.

"Saya beritahu, kita tak restu walaupun mereka dari Gagasan Sejahtera. Kita dah nasihat jangan letak calon tapi terpulang kepada mereka.

"Apa pun, kita tetap tidak akan undi Berjasa, walaupun hanya satu undi. Dulu mereka berdiri di bawah bendera Pas tapi kini atas diri sendiri. Kita tengok berapa undi mereka dapat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pas sokong calon BN di Tanjung Piai

Sementara itu, Takiyuddin berkata, Pas merasakan calon MCA berpeluang untuk menang pada PRK kali ini.

"Di atas kertas, kita ada peluang. Kita ada 3,000 ahli di sini dan semuanya pengundi," katanya.

Artikel Berkaitan: