Rampas semula SMUDA pada PRU15

Nik Omar ditemui selepas kuliah pagi Jumaat di RTC Tunjung, hari ini.
Nik Omar ditemui selepas kuliah pagi Jumaat di RTC Tunjung, hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Jika Kelantan ditadbir PH pada PRU 15, Nik Omar Nik Abd Aziz berjanji untuk merampas semula Maahad Darul Anuar (MADA).

Bekas Pengerusi Lembaga Pengarah Maahad Darul Anuar berkata, sehingga ke hari ini, beliau tidak reda apatah lagi mengiktiraf pengambilalihan sekolah itu oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Namun, beliau akur dengan peralihan pentadbiran MADA atau kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Ugama (Arab) Darul Anuar (SMUDA) kerana menghormati permintaan bapa saudaranya.

“Sebelum ini Keluarga Besar Nikmatillah mengeluarkan pelbagai kenyataan berhubung peralihan pengurusan sekolah ini, tak apalah saya pendam sampai lima tahun akan datang.

“Sekarang saya akan diam diri, mengalah tidak bermakna kalah dan saya akan bertindak ketika PRU15 nanti,” katanya selepas kuliah pagi Jumaat di RTC Tunjung, hari ini.

Yang Di Pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) itu berkata, beliau mahu fokus yayasan berkenaan dan tidak akan mencampuri urusan SMUDA.

Minggu lalu, isu perebutan pengurusan SMUDA dilihat menemui jalan penyelesaian selepas Ahli Lembaga Pengarah MADA, Nik Azam Nik Wajih yang dikatakan mewakili Nik Omar akhirnya menyerahkan sekolah itu kepada pihak YIK.

Artikel Berkaitan: