Empat restoran langgar syarat lesen disita, tarik lesen

Khemah turut disita susulan tiada permit oleh MPS.
Khemah turut disita susulan tiada permit oleh MPS.
A
A
A

SELAYANG - Empat restoran yang menjadikan kaki lima dan parkir sebagai tempat letak kerusi dan meja dikenakan tindakan dalam operasi halangan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Selayang Jaya dan Sri Gombak malam tadi.

Yang Dipertua MPS, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor berkata, operasi tersebut dilakukan hasil aduan awam kerana menyebabkan masalah kacau ganggu dan kesesakan lalu lintas.

"Pemilik restoran dikenakan tindakan sita barangan dan lesen perniagaan ditarik balik di bawah Seksyen 26 (1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1976 (Halangan Tred).

Antara pemilik restoran yang memasang kerusi meja di petak parkir menyebabkan kesesakan dan membahayakan keselamatan pelanggan.
Antara pemilik restoran yang memasang kerusi meja di petak parkir menyebabkan kesesakan dan membahayakan keselamatan pelanggan.



Kerusi yang diletakkan di kaki lima dan parkir disita penguat kuasa MPS dalam operasi halangan yang diadakan di Sri Gombak dan Selayang Jaya malam tadi.
Kerusi yang diletakkan di kaki lima dan parkir disita penguat kuasa MPS dalam operasi halangan yang diadakan di Sri Gombak dan Selayang Jaya malam tadi.

"Sebanyak 66 meja, 287 kerusi, 36 khemah dan pelbagai barangan perniagaan disita. Operasi akan dilaksanakan lebih kerap kerana ramai peniaga tidak mengendahkan larangan walaupun beberapa kali notis dan kompaun dikeluarkan," katanya.

Menurutnya, pengusaha restoran hanya boleh meletakkan kerusi meja yang mempunyai pelekat permit kebenaran dari MPS di kawasan hadapan kedai masing-masing.

Ruang siar kaki yang dijadikan tempat memasak peniaga.
Ruang siar kaki yang dijadikan tempat memasak peniaga.

Artikel Berkaitan:

"Operasi besar-besaran ini sebagai satu mesej tegas MPS tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengusaha restoran dan kedai makan yang melanggar peraturan," katanya.

Pada operasi sama, MPS turut menyita dan mengeluarkan kompaun ke atas satu rumah urut di Sri Gombak yang didapati beroperasi tanpa lesen.